Sunday, November 20, 2011

Sekali Lagi, Garuda da Vs Harimau Muda


Perlawanan paling dinanti-nantikan abad ini bakal berlangsung esok. Garuda dan Harimau. Kekuatan skuad kita dilihat jelas kepada bek mantap 4 flat dibarisi Mahali, Muslim, Fadli Shas dan Asra. Mungkin pengalaman bermain bersama sejak beberapa tahun dan pendedahan di Slovakia membolehkan bek Malaysia kelihatan sangat kemas dan pantas.

Begitu juga dengan jentera tengah, kehadiran pemain berwajah jambu yakni Nazmi, pemain sayap Fandi, kelincahan pemain sayap kelahiran Kelantan yakni Syahrul Azwari benar-benar boleh merobek pertahanan lawan. Cuma, cuma, cuma, cuma kebangangan striker-striker Malaysia masih kuat. Mungkin jika Safee Sali masih muda, dia mampu melenyapkan kebangangan ini. Tapi apapun, kita tetap memberi pujian kepada striker-striker kita kerana masih mampu dan tidak lupa cara menjaringkan gol. Heh.

Dan esok, garuda pasti mahu membalas dendam. Aku pesan kalau kalah kita relax saja, sebab Indon bermain di tempat sendiri ditambah pekikan penonton Indon di stadium Gelora Bung Mokthar. Kalau menang kita sorak puas-puas then balik berehat sebab 23hb kita akan menentang Syria untuk kelayakan Olimpik pula. Skuad ini ada potensi, mana tahu kita boleh ke Olimpik.

Sekali lagi, gua harapkan kecemerlangan bek dan tengah dan keeper kita berterusan besok. Serang macam biasa. Kita bisa menembusi bek Indon dengan mudah. Cuma nak tak nak je. Berjuang la habis-habisan. Indon kalau menang pun aku tak heran sebab diorang amek orang Papua. Fizikal besar. Kira tak ori la. Keh keh.

Kepada fans semua, ayuh like page sokerleaks kat facebooj, kat sana diorang hebat dalam menganjing indon yang tak sedar diri. Yang ok tu okay la tapi kalau yang bangang tu tak habis-habis sebut pasal isu batik, lagu negaraku lah. Jadah.

Peace, luv Dian Sastorwardoyo, from Malaysia.

Saturday, November 12, 2011

England Dan Malaysia Memang Legend

Paling kurang pun kita kena benam Kemboja 8-0 macam Indon buat and jangan bolos.

Okay,
Tahniah England sebab tolong kalahkan Sepanyol yang cakap besar tu. Tak kemananya. Tahniah juga Malaysia sebab jadi legend hoki buat sementara sebab dah kalahkan Australia yang ranking no 1 dunia tu. Aku tengok Malaysia punya skill jauh lagi bagus. Ni semua budak-budak bukit jalil ni. Hebakk.

Friday, November 11, 2011

Malaysia Make The Final In Style



Oleh kerana aku juga meminati hoki game maka aku updatelah sikit. Hari ini tanpa diduga, selamba kita membelasah India 5-1 untuk ke final menentang Australia esok. Jangan lupa pasti ada live game esok. Nama lagi main kat Johor, jadah la kalau takde live.

Aku tak pasti bila game ini akan bermula esok, tapi aku kalau boleh nak tengok sendiri kelincahan pemain hoki kita. Insya allah boleh buat kejutan kat Australia.

Dalam diam-diam tiba-tiba skuad hoki kita ni hebat jugak ye. Tabikk springg.

P.s: Tajuk post dan gambar diambil di sini Sultan Johor Cup.

Apesal

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails